[VIDEO] Gunung Semeru muntahkan debu panas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Gunung Semeru muntahkan debu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Gunung Semeru dilaporkan kembali aktif sekitar pukul 3 petang tadi dengan mengeluarkan debu panas.

Lapor Kompas.com, gunung berapi setinggi 3,676 meter dari paras laut itu mengeluarkan debu panas sehingga Curah Kobokan, Kabupaten Lumajang.

Ketua Bidang Pencegahan dan Kesiapsiagaan Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD), Kabupaten Lumajang, Wawan Hadi berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan tersebut.

Katanya, debu panas itu menciptakan kepulan awan tebal akibat pertemuan aliran debu panas dan air hujan.

“Gunung Semeru berstatus tahap dua iaitu peringkat berwaspada buat masa ini,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.