Umat Islam Arab Saudi tunai solat Istisqa mohon hujan kurangkan kemarau - Utusan Malaysia

Umat Islam Arab Saudi tunai solat Istisqa mohon hujan kurangkan kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penduduk beragama Islam di seluruh Arab Saudi melakukan solat sunat Istisqa hari ini berikutan musim kemarau dan kekurangan hujan yang melanda negara ini.

Lapor agensi berita Saudi Press, di Mekah, solat sunat itu dilakukan di Masjidilharam dan dihadiri Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Khaled al-Faisal.

Solat itu juga diadakan di Masjid Nabawi di Madinah dan disertai oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman.

Selain itu, orang ramai turut mengadakan solat Istisqa di Masjid Turki bin Abdullah di Riyadh.

Menerusi khutbah yang disampaikan, golongan ulama menggesa umat Islam di negara ini supaya memanjat doa kepada Allah SWT memohon keampunan, selain berbuat kebaikan dan amal jariah serta hujan diturunkan bagi meredakan kemarau yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN