Tidak dibenarkan hantar wakil ke PBB, junta Myanmar 'naik angin' - Utusan Malaysia

Tidak dibenarkan hantar wakil ke PBB, junta Myanmar ‘naik angin’

ZAW MIN TUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta tentera Myanmar hari ini menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas badan antarabangsa itu enggan membenarkan mereka menghantar perwakilan dalam mesyuarat PBB akan datang.

Junta Myanmar juga ‘sakit hati’ selepas badan antarabangsa itu mengekalkan Duta Myanmar ke PBB yang dilantik di bawah kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi yang digulingkan.

Jurucakap tentera Myanmar, Zaw Min Tun berkata, keputusan PBB tidak menggambarkan keadaan sebenar di negara ini.

“Kami akan terus menghantar permohonan kepada PBB mengikut prosedur diplomatik dan hak tersebut (menjadi perwakilan) perlu diiktiraf berdasarkan undang-undang antarabangsa serta tempatan,” katanya.

Keputusan PBB itu menyaksikan Duta Myanmar ke PBB, Kyaw Moe Tun yang dilantik di bawah kerajaan pimpinan Suu Kyi kekal sebagai wakil Myanmar.

Di bawah pentadbiran junta, Moe Tun bukan lagi wakil kerajaan dan tidak layak mewakili Myanmar di peringkat antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN