Thailand rampas 900 kilogram methamphetamine - Utusan Malaysia

Thailand rampas 900 kilogram methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand merampas hampir 900 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam sebuah kontena kapal kargo di Pejabat Kastam Pelabuhan Bangkok, yang menuju ke Taiwan.

Menurut seorang pegawai kastam, dadah jenis kristal methamphetamine itu boleh dijual sehingga AS$88 juta (RM372 juta).

Dadah yang dirampas pada Jumaat lalu, ditemukan dalam bentuk serbuk di dalam 161 kepingan silikon putih yang dibungkus untuk penghantaran ke Taiwan.

“Kristal methamphetamine seberat 897kg itu bernilai kira-kira AS$ 15 juta hingga AS$18 juta (RM63.4 juta hingga RM76.1 juta).

“Namun, sebaik sahaja dadah itu sampai ke destinasi, ia boleh bernilai tiga bilion baht (RM374.8 juta) dalam harga pasaran,” kata Ketua Pengarah Kastam Thailand, Patchara Anuntasil.

Menurut Patchara, pihak berkuasa Thailand dan Taiwan ketika ini sedang menyiasat kes tersebut. 

Dilaporkan, pasaran methamphetamine terus berkembang di Asia Timur dan Tenggara, selain ‘urusan perniagaan haram itu’ tidak terjejas akibat pandemik Covid-19. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN