LOMBOK BARAT: Seorang lelaki ditahan polis selepas meragut anting-anting pada kanak-kanak perempuan sehingga menyebabkan telinganya koyak.
Kejadian itu berlaku di Desa Dasan Tapen, Lombok Barat.
Menurut Ketua Polis Lombok Barat, Wirasto Adi Nugroho, kejadian itu berlaku ketika suspek ternampak mangsa yang berusia lapan tahun berjalan seorang diri pada waktu malam.
“Ketika itu, timbul niat jahat suspek untuk meragut anting-anting yang dipakai mangsa.
“Tidak berfikir panjang, suspek terus meragut anting-anting tersebut sehingga menyebabkan telinga mangsa terkoyak,” katanya.
Jelas Wirasto, selepas kejadian itu, suspek melarikan diri menggunakan motosikal dan menjual anting-anting berkenaan kepada pengumpul barang curi.
Ketika ditangkap, suspek mengakui melakukan perbuatan itu dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum sembilan tahun.