TAIPEI: Taiwan merekodkan jangkitan pertama varian Covid-19 Omicron selepas ketibaan tiga pengunjung dari luar negara.
Lapor Reuters, Pusat Kawalan Epidemik melaporkan jangkitan dikesan berlaku terhadap pengembara dari Britain, Eswatini (negara Afrika Selatan) dan Amerika Syarikat.
Seperti semua kemasukan pengunjung lain, kesemua individu tersebut sudah menjalani ujian calitan dan akan dikuarantin selama dua minggu.
Sebelum ini, Penasihat Kementerian Kesihatan Jepun mendapati varian COVID-19 Omicron dikesan 4.2 kali lebih mudah berjangkit pada peringkat awal berbanding varian Delta.
Penemuan itu sekali gus berkemungkinan mengesahkan kebimbangan terhadap penularan jenis baharu varian berkenaan.










