fbpx

Syarikat penerbangan bawa penumpang positif Covid-19, tidak divaksin bakal didenda

ACCRA: Pengendali lapangan terbang antarabangsa di Ghana akan mengenakan denda sebanyak AS$3,500 (RM14,734) terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang didapati membawa penumpang positif Covid-19 atau tidak divaksin.

Peraturan itu dikuatkuasakan sejak Selasa lalu di Lapangan Terbang Kotoka di Accra.

Langkah itu diambil selepas Kementerian Kesihatan Ghana mewajibkan semua pengembara yang masuk ke negara ini untuk divaksin.

Peraturan itu juga disifatkan paling ketat pernah dilaksanakan susulan program vaksinasi Covid-19 yang rendah dalam kalangan negara Afrika ketika ini.

Masalah kekurangan bekalan vaksin itu diburukkan lagi dengan penularan varian Omicron.

Ghana setakat ini sudah memberi vaksin kepada lebih lima peratus daripada jumlah populasinya. – REUTERS

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received