Presiden Brazil enggan anak disuntik vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Presiden Brazil enggan anak disuntik vaksin Covid-19

PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro bersama anak perempuannya, Laura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak akan membenarkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau membuat keputusan itu selepas Menteri Kesihatan Brazil, Marcelo Queiroga mengumumkan negara ini bakal melaksanakan program vaksinasi Covid-19 melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula 5 Januari depan.

Vaksinasi melibatkan kanak-kanak merupakan topik panas di Brazil, menyaksikan penyokong Bolsonaro menentang keras program tersebut, biarpun majoriti rakyat negara ini menyokong penggunaan vaksin.

Pada Oktober lalu, pengendali kesihatan kebangsaan Brazil, Anvisa memaklumkan ada pekerjanya menerima ugutan bunuh selepas mereka meluluskan suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak lima hingga 11 tahun.

Pada 23 Disember lalu, Queiroga pula mencetuskan provokasi apabila menyatakan jumlah kematian pesakit Covid-19 kanak-kanak tidak tinggi, sekali gus tidak memerlukan vaksin.

Beliau kemudiannya mengumumkan pengambilan vaksin Covid-19 oleh golongan kanak-kanak memerlukan nasihat doktor.

“Saya sudah bercakap dengan Queiroga berkenaan isu ini daan beliau sepatutnya mengeluarkan notis tentang bagaimana vaksinasi kanak-kanak perlu dijalankan.

“Saya berharap tiada campur tangan sektor perundangan kerana saya tidak mahu anak perempuan saya menerima vaksin itu,” kata Bolsonaro.

Data kerajaan menunjukkan Covid-19 meragut nyawa kira-kira 301 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun di Brazil. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya