Pod ibu menyusukan anak di lokasi awam jalani ujian - Utusan Malaysia

Pod ibu menyusukan anak di lokasi awam jalani ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lima bilik bergerak atau pod penyusuan untuk ibu yang menyusukan anak disediakan di merata pulau Sentosa untuk ujian selama enam bulan.

Berita Mediacorp melaporkan, direka bentuk oleh syarikat pemula tempatan, Go!Mama, bilik kendiri itu menyediakan persekitaran ‘bersih, peribadi dan selamat’ bagi golongan ibu menyusukan anak atau mengepam susu, kata Vivian Lee, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas bersama.

Sebagai sebahagian daripada uji kaji itu, dua bilik sedemikian disediakan di Sentosa Express (Stesen Resorts World). Akan terdapat juga satu pod masing-masing di pusat pertukaran bas Beach Station, Pantai Siloso dan Pantai Palawan.

Untuk menggunakan kemudahan itu, pengguna mesti memuat turun aplikasi Go!Mama, yang membolehkan mereka untuk memeriksa pod tersedia ada serta di mana lokasinya. Aplikasi itu juga menyediakan senarai tempat untuk menyusukan anak di Singapura.

Mereka kemudian akan diberikan satu PIN untuk mengakses pod tersebut selepas profil pengguna disahkan melalui SingPass.

Pod itu direka bentuk dengan menerapkan ciri-ciri yang menjadikannya mudah dibersihkan dan dibasmi kuman, menurut Go!Mama dalam kenyataan medianya. Ia menambah, semua pemasangan dalamannya juga tidak menggunakan fabrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN