Perkhidmatan sewa iPhone dapat sambutan di Indonesia - Utusan Malaysia

Perkhidmatan sewa iPhone dapat sambutan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIANAK: Perniagaan menyewa telefon pintar iPhone semakin berkembang di Indonesia berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Sehubungan itu, seorang peniaga yang menjual iPhone menerusi francais yang dinamakan ‘Abang Apple’ turut menawarkan perkhidmatan sewaan telefon pintar tersebut.

Pemilik Abang Apple cawangan Pontianak, Aprin berkata, perkhidmataan sewaan itu dapat memberikan pelanggan pengalaman menggunakan iPhone, terutamanya untuk golongan yang belum mampu membeli telefon mahal itu.

“iPhone memberikan pengalaman berbeza kepada penggunanya berbanding telefon pintar lain.

“Perkhidmatan sewaan telefon pintar ini juga boleh dijadikan pilihan kepada mereka yang bercadang untuk beli iPhone pada masa akan datang,” katanya kepada Kompas.com.

Katanya, telefon pintar itu boleh disewa secara harian bermula pada harga 40,000 rupiah (RM11.68) sehari untuk iPhone 6 dan 400,000 rupiah (RM117.25) bagi iPhone 11 Pro Max.

Jelas Aprin, pelanggan hanya perlu membawa salinan kad pengenalan, kad SIM dan mengisi borang butiran diri untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya