Pengunjung zoo panik, harimau nyaris terlepas dari kurungan - Utusan Malaysia

Pengunjung zoo panik, harimau nyaris terlepas dari kurungan

SEEKOR harimau benggala nyaris terlepas dari kandangnya selepas melakukan lompatan tinggi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJARNEGARA: Para pengunjung di sebuah zoo berdepan situasi panik apabila seekor harimau nyaris terlepas dari kurungan.

Dalam kejadian yang berlaku di Zoo Serulingmas Banjarnegara, Jawa Tengah itu, seekor harimau benggala melompat hampir melepasi pagar kurungan.

Keadaan itu mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung sehingga membuat mereka lari bertempiaran.

Jurucakap zoo tersebut, Nuh Rohmah berkata, harimau itu turut melompat ke bahagian bumbung di kandangnya yang setinggi lima meter.

Katanya, keadaan dapat dikawal apabila petugas zoo menggunakan obor untuk mengawal pergerakan haiwan itu.

“Selepas harimau itu panjat bumbung, kami berdepan kesulitan untuk menurunkannya dan akhirnya, kami terpaksa menembak pelali ke arah haiwan itu.

“Sebelum itu, kami juga menggunakan obor dan jaring untuk mengelak harimau tersebut keluar lebih jauh dan selepas sejam, haiwan itu dimasukkan semula ke kandangnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Rohmah juga memberitahu, semua pengunjung dapat dibawa keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes tersebut merupakan kali pertama berlaku dan pihak pengurusan Serulingmas memohon maaf atas insiden yang berlaku.

“Zoo kami tetap akan dibuka pada Tahun Baharu ini dan kami member jaminan insiden serupa tidak akan berulang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya