Penduduk Manchester kecam guru arah pelajar solat di luar bangunan sekolah - Utusan Malaysia

Penduduk Manchester kecam guru arah pelajar solat di luar bangunan sekolah

TANGKAP layar rakaman video pelajar terpaksa solat di luar bangunan sekolah di Manchester selepas tidak dibenarkan berbuat demikian di dalam bangunan sekolah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah sekolah di United Kingdom berdepan kritikan selepas tular rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar Islam dipaksa solat di luar kawasan sekolah ketika musim sejuk.

Arab News melaporkan, Oldham Academy North, dekat Manchester, dikecam oleh masyarakat setempat ekoran tular rakaman video itu, lapor MailOnline.

Didakwa seorang guru meminta pelajar terbabit meninggalkan bangunan sekolah untuk menunaikan solat.

Dalam video itu, lapan pelajar lelaki kelihatan sedang solat di tepi jalan raya di luar bangunan sekolah.

Seorang pelajar terlibat berkata: “Kami sedang solat di dalam (sekolah) dan seorang guru masuk memberitahu kami tidak dibenarkan solat. Dia menghempas pintu dan kelihatan marah. Kami sudah lama mempunyai surau dan guru-guru membenarkan kami pergi ke surau itu untuk solat”.

Pihak sekolah mendakwa telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Ketua Majlis Tempatan, Arooj Shah berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai isu itu dan bertindak pantas mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah.

“Setelah bercakap dengan pemimpin sekolah, mereka memohon maaf,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya