ROME: Pasukan penyelamat menemukan empat lagi mayat dalam serpihan runtuhan bangunan pangsapuri di Sicily, Itali.
Bangunan pangsapuri empat tingkat itu runtuh akibat letupan besar yang mungkin disebabkan kebocoran gas.
Menurut pihak berkuasa, angka kematian kini meningkat kepada tujuh.
“Operasi mencari mangsa diteruskan tanpa henti untuk mengesan dua orang lagi yang masih hilang.
“Kejadian itu menyebabkan empat bangunan kediaman runtuh di bandar selatan Ravanusa,” kata unit tempatan perkhidmatan perlindungan awam Itali menerusi Facebook. – AFP