Omicron: Dari filem 1963 kepada varian baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Omicron: Dari filem 1963 kepada varian baharu Covid-19

DUA filem Omicron mencetuskan pelbagai konspirasi selepas WHO mengumumkan penemuan varian baharu Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Apa ada pada nama, ia itu mungkin menjadi tanda tanya.

Namun penularan varian baharu Covid-19 disebut Omicron menjadi topik perbincangan hangat di internet atas pelbagai sebab.

Menurut laporan News9Live, ia bukan sahaja membawa kembali ketakutan terhadap wabak tersebut tetapi telah membawa kembali memori dua filem dengan nama yang sama.

Tidak lama selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut Omicron sebagai ‘varian kebimbangan’, kedua-dua filem, filem Itali 1962 dengan nama yang sama dan The Visitor from Planet Omicron, 2013, mendapat tempat dalam senarai sohor kini Google.

Apa yang leih menarik ialah plot dua filem itu, yang sering menjadi kegemaran dalam kalangan penggemar konspirasi.

Diterajui Ugo Gregoretti, plot filem fiksyen sains 1963 bertajuk Omicron berkisar tentang ‘makhluk asing’ yang mengambil alih tubuh manusia untuk belajar mengenai Bumi supaya dapat ditawan.

Filem The Visitor from Planet Omicron pada 2013 juga berkisar mengenai ‘serangan’ makhluk asing.

Varian baharu, Omicron, pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan kini disahkan di beberapa negara termasuk Belgium, Denmark, Jerman, Itali, Belanda dan Kanada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.