New Zealand hantar pasukan pengaman ke Kepulauan Solomon - Utusan Malaysia

New Zealand hantar pasukan pengaman ke Kepulauan Solomon

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengarahkan polis dan tentera menyertai misi pengaman antarabangsa ke Kepulauan Solomon berikutan rusuhan anti-kerajaan.

Menurut Ardern, pihaknya akan mengerahkan seramai 65 anggota pengaman selepas menerima permintaan daripada kerajaan Kepulauan Solomon.

Jelas beliau, pasukan pengaman yang terdiri daripada 15 anggota akan berlepas ke Kepulauan Solomon pada Khamis ini.

“Baki 50 anggota lagi akan menyertai mereka pada hujung minggu,” katanya.

Pemimpin itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Solomon dan kira-kira 200 anggota pengaman dari Australia, Fiji dan Papua New Guinea yang sudah berada di lapangan.

Kerajaan Kepulauan Solomon hampir tumbang ketika pergolakan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang maut dan menyebabkan sebahagian besar kawasan di bandar Honiara musnah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN