Lima anak lapor ibu kepada polis, dakwa gadaikan geran tanah peninggalan bapa - Utusan Malaysia

Lima anak lapor ibu kepada polis, dakwa gadaikan geran tanah peninggalan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Hati seorang ibu di Kampung Gudang Huut di daerah Bekasi di Jawa Barat luluh selepas lima orang anaknya melaporkan dia kepada polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah yang ditinggalkan oleh suaminya yang sudah meninggal dunia.

Lapor Kompas.com, wanita itu yang dikenali sebagai Rodiah, 72, memberitahu, anak sulungnya, Sonya sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar itu yang disimpannya selepas suaminya, Zein Choir meninggal dunia.

Malah, Rodiah memaklumkan, kelima-lima anaknya datang meminta geran tersebut selepas tiga hari bapa mereka meninggal dunia dan mendesak semua tanah tersebut diagihkan segera.

Namun, Rodiah tidak pernah memberikan kesemua geran tersebut sehinggalah mereka mengambilnya senyap-senyap dan membuat cerita dia yang menggadaikan tanah tersebut dan melaporkannya kepada polis.

“Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).

“Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang laporkan saya kepada polis,” katanya.

Rodia memberitahu, selain dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan suaminya, dia juga sering dikasari dan diugut oleh lima anaknya itu.

Katanya, dia dilayan dengan kasar oleh anak-anaknya selepas bapa mereka meninggal dunia.

Wanita itu juga lumpuh kedua-dua kaki akibat strok dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda

“Saya trauma dengan apa yang berlaku. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT,” ujarnya sedih sambil menangis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya