fbpx

22 Mei 2022, 3:05 pm

  TERKINI

Letusan Gunung Semeru: 45 alami luka bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 45 penduduk mengalami luka bakar ekoran letusan Gunung Semeru, menurut data yang dipaparkan Kementerian Kesihatan.

CNN Indonesia melaporkan, kebanyakan mangsa terkena debu panas yang melanda empat wilayah di Surabaya.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, daripada jumlah itu, empat dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Terdahulu Datuk Bandar Lumajang, Indah Amerawati Masdar memaklumkan seorang maut manakala 10 dilaporkan hilang.

Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur meletus dan memuntahkan debu panas, petang semalam.

POPULAR

KOSMO! TERKINI