Lelaki tinggal bersama mayat ibu selama 54 hari kerana wasiat - Utusan Malaysia

Lelaki tinggal bersama mayat ibu selama 54 hari kerana wasiat

STOR penyimpanan petis udang yang dapati menyimpan stok di dalam bekas pecah dan rosak dikesan di kilang pemprosesan bahan makanan itu di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Seorang lelaki di Bali dilaporkan tinggal bersama mayat ibunya selama 54 hari di rumah mereka.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Putu Sugiarta, 53, meletakkan ketulan ais di atas mayat ibunya selama tempoh berkenaan kerana tidak mahu ia mereput dan busuk.

Ibunya, Wayan Terpi meninggal dunia pada 13 November lalu dan kematiannya hanya disedari jiran tetangga selepas sudah lama tidak melihatnya.

Penduduk kampung kemudiannya cuba mencari Wayan dan mengetahui wanita itu sudah meninggal dunia serta mayatnya masih berada di rumah.

Mereka meminta Putu mengebumikan segera mayat ibunya, namun lelaki itu membantah kerana ibunya mewasiatkan supaya tidak mengebumikan mayatnya selama empat bulan.

Sehubungan itu, penduduk kampung melaporkan hal tersebut kepada polis dan Putu dipujuk untuk mengebumikan ibunya.

Mayat Wayan akhirnya dikebumikan dengan bantuan penduduk kampung pada 26 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya