Lelaki terkejut ada gigi tumbuh dalam lubang hidungnya - Utusan Malaysia

Lelaki terkejut ada gigi tumbuh dalam lubang hidungnya

IMBASAN X-ray menunjukkan gigi tumbuh dalam lubang hidung lelaki tersebut. - NEJM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) terkejut selepas mendapati masalah pernafasan yang dihadapinya beberapa tahun lalu disebabkan oleh gigi yang tumbuh dalam lubang hidungnya.

Lapor The Sun, lelaki berusia 38 tahun itu mendapatkan rawatan di Hospital Mount Sinai di New York setelah mengadu menghadapi kesukaran bernafas melalui lubang hidung kanannya.  

Lelaki itu memaklumkan masalah pernafasan yang dialaminya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan doktor, lelaki tersebut tidak pernah mengalami trauma mahupun sebarang gangguan pada muka atau tengkorak.   

Pasukan doktor memeriksa hidung lelaki tersebut dan mendapati berlaku gangguan dalam septumnya.

Septum sisihan bermaksud septum hidung disesarkan ke bahagian lain.       

Menurut laporan diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, pasukan doktor juga menemukan lubang sepanjang dua sentimeter (sm) di bahagian belakang septum.

Lelaki itu kemudian dibawa untuk menjalani prosedur Rhinoskopi bagi memeriksa bahagian dalam hidungnya.

Ketika pemeriksaan itu, doktor menemukan jisim putih yang keras di bahagian lubang hidung sebelah kanan.

Lelaki itu dihantar untuk melakukan pemeriksaan tomografi berkomputer (CT Scan) dan ujian imbasan menunjukkan jisim putih itu konsisten dengan gigi ektopik terbalik dalam lubang hidungnya.

Beberapa gambar menunjukkan gigi terkeluar dari hidung dan imbasan x-ray memaparkan keadaan gigi yang tumbuh dalam rongga hidung lelaki berkenaan.

Pasukan doktor seterusnya mengeluarkan gigi yang tumbuh dalam lubang hidung lelaki itu menerusi pembedahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya