fbpx

22 Januari 2022, 2:08 am

Lelaki kahwin semula bekas isteri sakit tenat

CHEN Zhengfeng sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya, Xie Hongxia selepas mendapat tahu wanita itu menghidap uremia. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.

Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.

Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.

Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. 

Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.

Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia. 

Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.

Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.

Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.

Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya.

Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI