Lego bina kilang RM4.2 bilion di Vietnam - Utusan Malaysia

Lego bina kilang RM4.2 bilion di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Lego mengumumkan rancangan membina kilang operasi baharu di Vietnam untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk keluarannya di Asia.

Lapor BBC, syarikat gergasi pengeluar alat permainan itu membuat pelaburan bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion) terhadap projek yang bakal menjadi hab perniagaan utama di bandar Ho Chi Minh.

Pembinaan itu sekali gus menjadikan Vietnam sebagai negara kedua di Asia mempunyai kilang Lego selepas pembukaan kali pertama di China, lima tahun lalu.

Syarikat berasal dari Denmark itu optimis dengan perancangan tersebut selepas menyaksikan pertumbuhan dua angka di rantau ini, sejak 2019.

Ketua Pegawai Operasi Lego, Carsten Rasmussen berkata, proses pembinaan kilang itu dijangka bermula tahun depan dengan rancangan menggabungkan penggunaan tenaga panel solar di bahagian atap dan ladang berdekatan.

“Kita sangat bersyukur dengan sokongan oleh Kerajaan Vietnam dalam membantu mencapai sasaran membina kilang neutral karbon pertama,” katanya dalam kenyataan.

Proses penghasilan produk Lego dijangka bermula 2024 dengan jangkaan menyediakan 4,000 peluang pekerjaan bagi tempoh 15 tahun.

Perkembangan terkini itu dilihat sebagai strategi Lego membina kilang pengeluaran berdekatan pasaran utama dan dilakukan selepas syarikat di seluruh dunia menghadapi isu rantaian bekalan global semasa wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya