Kim Jong Un makin kacak selepas kurus - Utusan Malaysia

Kim Jong Un makin kacak selepas kurus

KIM JONG UN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan kelihatan lebih kacak selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram semasa membuat kemunculan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Buruh Korea.

Lapor Daily Star, kehadiran beliau ke mesyuarat itu merupakan kemunculan Jong Un buat kali pertama di hadapan orang awam sejak kematian bapa saudaranya, awal bulan ini.

Mesyuarat tersebut membincangkan perancangan pemimpin negara itu terhadap rakyat Korea Utara pada tahun mendatang.

Mesyuarat yang berlangsung sejak Isnin lalu melibatkan pemimpin kanan kerajaan dan jeneral tentera.

Butiran mesyuarat itu tidak didedahkan, namun berdasarkan laporan CGTN News, mesyuarat tersebut berkemungkinan besar membincangkan situasi ‘tegang’ makanan di seluruh negara dan strategi pembangunan jangka masa panjang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Jong Un sebelum ini dilaporkan memiliki berat badan sebanyak 140 kilogram dan mempunyai ketinggian 170 sentimeter.

Media rasmi Korea Utara mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara.

Jong Un dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun sedang mengamalkan diet sejak empat bulan lalu.

 

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.