Ibu panik rumah terbakar, tertinggal bayi hingga rentung - Utusan Malaysia

Ibu panik rumah terbakar, tertinggal bayi hingga rentung

IBU mangsa panik sehingga terlupa mengambil anaknya ketika kebakaran, menyebabkan bayi itu rentung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang bayi berusia empat bulan rentung dalam satu insiden kebakaran melibatkan sebuah rumah di Desa Suka Pulih, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan, baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ketika kejadian, bayi itu sedang tidur bersama ibunya di dalam bilik.

Ibu mangsa terjaga selepas terbau asap dan melihat api mula menyambar atap rumah mereka.

Panik dengan kejadian itu, wanita tersebut terus berlari keluar dan terlupa untuk mengambil anaknya.

Jurucakap polis, Ganda Manik berkata, wanita itu hanya menyedari anaknya berada dalam rumah selepas dia keluar dari rumah dan ditenangkan oleh penduduk setempat.

“Dia cuba masuk ke rumah, namun api terlalu marak, selain ditegah oleh penduduk kampung.

“Siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari litar pintas dan keluarga itu mengalami kerugian kira-kira 15 juta rupiah (RM4,412),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN