Guru disiasat seleweng dana guna sewa penginapan, didakwa sebabkan 12 pelajar bunting - Utusan Malaysia

Guru disiasat seleweng dana guna sewa penginapan, didakwa sebabkan 12 pelajar bunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pejabat Pendakwa Raya Jawa Barat menyiasat dakwaan penyelewengan dana bantuan pelajar daripada kerajaan oleh seorang guru sekolah berasrama penuh di Bandung.

CNN Indonesia melaporkan, ini kerana guru berusia 36 tahun itu didakwa menggunakan dana itu untuk menyewa rumah penginapan bagi melakukan perbuatan tidak bermoral.

Ketua Pendakwa Raya Jawa Barat, Asep N Mulyana berkata, dakwaan itu diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan dan mengumpul data.

“Kemudian defendan juga menggunakan dana, menyalahgunakan dana daripada kerajaan, dan kemudian menggunakannya, contohnya menyewa pangsapuri,” katanya.

Guru tersebut didakwa melakukan maksiat terhadap 12 pelajar perempuan sehingga menyebabkan mereka hamil dan melahirkan anak.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, suspek telah melakukan perbuatan itu dari 2016 hingga awal 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN