fbpx

Gunung Merapi pula akan meletus?

LAHAR panas mengalir di lereng Gunung Merapi di Sleman, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOLO: Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo meminta semua penduduk di sekitar Gunung Berapi Merapi supaya berjaga-jaga selepas Gunung Semeru meletus baru-baru ini.

Ganjar memaklumkan, aktiviti vulkanologi di gunung Merapi juga merekodkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

“Pihak berkuasa terus memantau aktiviti Merapi dari semasa ke semasa. Pada Sabtu lalu, saya dimaklumkan bahawa aktiviti di gunung itu terus meningkat sejak letusan pada 4 Januari lalu sehingga kini.

“Merapi masih mengeluarkan debu panas, sekali gus menunjukkan mendapan magma dalam gunung  berapi itu semakin meningkat,” katanya kepada CNN Indonesia.

Tegas Ganjar, semua penduduk di sekitar Yogyakarta, Magelang, Klaten dan Boyolali perlu sentiasa berwaspada kerana letusan Merapi boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ketika ini, tahap amaran Merapi berstatus Fasa III dan berisiko menghamburkan debu panas serta lahar sejauh tiga kilometer.

Sehubungan itu, Ganjar meminta semua pihak termasuk ketua kampung bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Merapi meletus.

“Jangan ambil mudah hal ini kerana kekuatan Merapi hampir sama dengan Semeru,” ujarnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI