fbpx

27 Jun 2022, 4:57 pm

  TERKINI

Beli Lego lebih untung daripada emas?

MODEL figura mini watak adiwira menjadi barangan dicari oleh pengumpul permainan Lego. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati permainan Lego boleh menjadi pelaburan lebih baik berbanding emas, karya seni dan sekuriti kewangan.

Lapor Daily Mail, kajian itu juga mendapati pasaran sekunder untuk set Lego lama meningkat sebanyak 11 peratus setiap tahun, lebih cepat berbanding jongkong emas, saham, bon, setem dan wain.

Kajian itu turut mendakwa harga set Lego lama pernah meningkat ketika krisis kewangan 2008.

Penemuan ini secara tidak langsung bermakna rakyat Britain boleh memiliki sejumlah besar permainan lama di almari mereka. 

Pasukan penyelidik mengemukakan beberapa sebab lonjakan dalam nilai set Lego lama antaranya kuantiti terhad, populariti permainan itu selama beberapa dekad dan kurangnya set lama yang dijual semula. 

Bagi kajian tersebut, pakar menilai harga membabitkan 2,322 set Lego dari tahun 1987 hingga 2015.

Antara Lego paling mahal adalah Star Wars’ Millennium Falcon, Death Star II dan Imperial Star Destroyer serta model bangunan Taj Mahal. 

Kajian itu juga mendapati model anak patung Barbie, figura mini watak adiwira atau model kereta dan kereta api menjadi barangan dicari oleh pengumpul permainan Lego.

Kajian yang dijalankan oleh Higher School of Economics University (HSE) di Rusia antara lain mencadangkan pengumpul Lego merupakan pelabur paling bijak kerana mereka boleh menjual semula permainan itu untuk pulangan yang besar.

“Pelabur yang mempunyai Lego menjana pulangan tinggi daripada menjual semula set yang masih dalam keadaan baik terutamanya edisi terhad atau set yang lama.

“Set permainan dihasilkan 20 atau 30 tahun lalu membuatkan peminat Lego rasa nostalgia. Malah, harga itu mampu melangkau lebih tinggi,” kata Victoria Dobrynskaya dari HSE.  

Data kajian itu juga merangkumi maklumat mengenai jualan utama dan transaksi lelongan dalam talian bagi set baharu baharu permainan Lego. 

POPULAR

KOSMO! TERKINI