Bakar masjid: Lelaki dijatuhi 9 tahun penjara, 6 sebatan - Utusan Malaysia

Bakar masjid: Lelaki dijatuhi 9 tahun penjara, 6 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan enam kali sebatan di Mahkamah Perantaraan akibat membakar masjid.

Hakim Hazarena Hurairah menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Erwan Manggis, 38, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah memerintahkan hukuman penjara defendan berjalan bermula pertama kali defendan ditahan reman pada 31 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, pada 4 April 2017, tertuduh bersama seorang rakan berjalan kaki dari rumah rakannya itu di Kampung Mentiri menuju Masjid RPN Kampung Mentiri pada pukul 2 pagi.

Mereka memasuki pekarangan melalui pagar yang tidak berkunci dan masuk ke dalam masjid melalui pintu yang juga tidak berkunci. Defendan kemudian menemukan penggantung baju dan menjadikannya sebagai alat untuk mengambil wang dari kotak derma.

Defendan dan rakannya bergilir-gilir dalam percubaan untuk mengambil wang tunai tetapi tidak berjaya. Defendan kemudian menyedari akan terdapatnya kamera litar tertutup (CCTV) dan bimbang perbuatan mereka akan diketahui, oleh itu, defendan memutuskan untuk memusnahkan sebarang bukti dengan membakar masjid tersebut.

Defendan kemudian pergi ke hadapan masjid dan membakar gril plastik penghawa dingin menggunakan pemetik api yang dibawanya. Defendan dan rakannya berlari keluar dan tidak lama kemudian, mereka terdengar bunyi letupan yang kuat dan melihat kebakaran besar berlaku di kubah masjid.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dimaklumkan oleh seorang penduduk di kawasan itu dan berjaya mengawal kebakaran, walau bagaimanapun kebanyakan bahagian bangunan masjid telah rosak.

Pelita Brunei melaporkan, kemudian pada Mac, defendan terdesak untuk mendapatkan wang tunai dan memutuskan untuk menyelongkar barang ibunya di dalam bilik tidur di kediamannya dan berjaya mendapatkan beberapa barang kemas dan kain bercorak.

Defendan kemudian membawa barang kemas itu kepada tukang emas untuk menjualnya namun pekerja tersebut memberitahu defendan bahawa barang kemas tersebut adalah palsu.

Semasa dalam perjalanan pulang, defendan membuang beberapa barang kemas tersebut ke dalam sungai dan menyimpan sebahagiannya bersama kain bercorak.

Ketika terjumpa dengan seorang wanita warga emas, defendan telah menawarkan kain bercorak itu dengan harga B$20. Wanita itu membeli beberapa kain itu dan defendan pulang ke rumah dengan baki barangan tersebut.

Menyedari akan barang miliknya telah hilang, ibu defendan berjumpa dan berhadapan dengan defendan namun defendan tidak mahu mendengar dan tidak mempedulikannya.

Berikutan dengan kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat dan membawa kepada penahanan defendan dan mengaku mencuri barangan ibunya dan menggunakan hasil jualan untuk membeli dadah.

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Mu’izzah Sabli memohon hukuman setimpal untuk memberikan pengajaran kepada tertuduh.

Defendan merayu untuk diringankan hukuman dan meminta supaya tidak disebat namun pihak hakim mengambil kira tahap besar kesalahan dan mengambil langkah untuk menjatuhi hukuman yang setimpal.

Hakim juga mengambil kira bahawa defendan telah menyebabkan kerosakan masjid bernilai B$5,000,000 sehingga menyusahkan penduduk kawasan itu yang terpaksa mengerjakan sembahyang di balai raya yang hanya boleh menempatkan seramai 500 orang dalam satu masa.

la juga penekanan mahkamah bahawa dia telah merosakkan kepercayaan antara defendan dan ibunya kerana telah mencuri dalam rumah mereka sendiri. Mahkamah seterusnya melihat senarai panjang sabitan kesalahan defendan sejak 2000, dengan yang terbaharu dilakukan pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN