Australia bimbang penularan varian Omicron - Utusan Malaysia

Australia bimbang penularan varian Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Varian baharu Covid-19 Omicron yang merebak di Australia menguji pembukaan semula sektor ekonomi susulan kes di Sydney meningkat kepada 13 kes.

Jangkitan baharu turut dipercayai berlaku di Queensland berdasarkan rekod individu yang mengunjungi Afrika Selatan.

Menteri Kesihatan negeri, Yvette D’Ath berkata, jabatan kesihatan awam mengenal pasti kes jangkitan individu tersebut adalah varian Delta, namun, belum memutuskan sama ada ia adalah Omicron atau sebaliknya.

Pihak berkuasa Persekutuan bagaimanapun masih tetap dengan pendirian pembukaan semula sektor ekonomi dengan harapan varian baharu itu lebih ringan kesannya berbanding varian terdahulu.

Beberapa negeri dilihat mula mengetatkan kawalan sempadan domestik.

Australia melaporkan kes jangkitan tempatan pertama Omicron, Jumaat lalu di sebuah sekolah di Sydney.

Pihak berkuasa Selatan Australia memaklumkan sebarang ketibaan individu dari New South Wales dan Victoria perlu menjalani ujian calitan Covid-19.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN