18 penduduk hilang akibat banjir, tanah runtuh landa Vietnam - Utusan Malaysia

18 penduduk hilang akibat banjir, tanah runtuh landa Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan hilang dan beberapa penduduk lain dikhuatiri mati selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh melanda Vietnam.

Lapor Reuters, bencana alam itu turut memusnahkan beberapa kawasan perumahan dan menyebabkan jalan rosak.

Pihak berkuasa memaklumkan pihaknya sedang berusaha mengesan penduduk yang hilang dan beberapa lebuh raya utama negara dan jalan tempatan sebahagiannya terpaksa ditutup sementara.

Rakaman imej dalam laman web berita dan media sosial menunjukkan air deras, lumpur berwarna coklat dan beberapa penduduk menaiki bot di jalan raya yang dinaiki air selepas banjir mencecah paras pinggang.

Pekan pantai Phu Yen, Binh Dinh dan wilayah penanaman kopi utama Vietnam di Dak Lak paling teruk terjejas.

Banjir menenggelamkan kawasan sawah seluas 780 hektar dan tiada kerosakan dilaporkan di kawasan ladang kopi setakat ini.

Vietnam terdedah dengan ribut dan banjir kerana kawasan pantainya yang panjang.

Tahun lalu, banjir dan tanah runtuh akibat ribut meragut 378 nyawa manusia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya