Warga emas meninggal dunia selepas bertanyakan soalan tentang mati - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia selepas bertanyakan soalan tentang mati

TANGKAP layar video menunjukkan seorang jemaah lelaki meninggal dunia di masjid di Bogor, Jawa Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Satu video yang menunjukkan seorang jemaah meninggal dunia ketika mengikuti kuliah agama di sebuah masjid di sini menjadi tular dalam media sosial.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik @sholawatamkuy pada Sabtu lalu dan menurut kapsyen, jemaah lelaki warga emas itu meninggal dunia pada selepas bertanyakan soalan pasda satu kuliah agama.

Kejadian itu berlaku di Masjid Annur Cilendek dan video menunjukkan jenazah jemaah tersebut dikerumuni jemaah lain.

Menurut sumber, jemaah lelaki itu sempat bertanya kepada ustaz mengenai adakah umat Islam yang sudah meninggal dunia boleh bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.

Ketika soalannya dijawab oleh ustaz, jemaah itu menyandarkan badannya di tembok sebelum sesak nafas dan meninggal dunia.

Kebanyakan pengguna media sosial yang melihat video tersebut mendoakan kesejahteraan jemaah terbabit dan menyifatkan kematiannya sebagai husnul khatimah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya