Wanita dan bayi dijadikan 'tebusan' di hospital kerana tidak mampu bayar bil bersalin - Utusan Malaysia

Wanita dan bayi dijadikan ‘tebusan’ di hospital kerana tidak mampu bayar bil bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGERANG: Seorang ibu dan bayinya tidak dibenarkan keluar dari hospital di sini selepas suaminya tidak mampu melunaskan bayaran bil bersalin.

Ibu muda tersebut, Ayu Fitria dan bayinya sudah ‘terkandas’ di hospital sejak empat hari lalu dan tidak dibenarkan keluar sehingga bil perubatan dibayar segera.

Jelas suami Ayu, Adut, hospital itu mengenakan caj rawatan sebanyak 12 juta rupiah (RM3,518) ketika isterinya melahirkan anak.

Namun, dia tidak mampu melunaskan bayaran tersebut kerana bantuan sosial kesihatannya mengalami masalah.

“Status bantuan kesihatan saya tidak aktif dan saya tidak pasti kenapa hal itu berlaku.

“Saya cuba berbincang dengan hospital untuk membayar secara ansuran, namun mereka enggan membenarkannya,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan hospital tersebut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ayu dan bayinya akan dibenarkan keluar sebaik sahaja status bantuan kesihatan mereka diaktifkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN