Wajah pencuri seiras PM Britain - Utusan Malaysia

Wajah pencuri seiras PM Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pencuri yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, dipenjara selepas didapati bersalah kerana mencuri wang tunai sebanyak 1,280 pound (RM7,263) yang disorokkan di bawah seluarnya. 

Lapor Daily Mail, Jason Watson, 43, yang pernah menghadapi 210 kesalahan jenayah didakwa melakukan tindakan tersebut di kafe House of Panini di Hull dengan rakan subahatnya, Adrian Awty, 45. 

Penjenayah itu turut melarikan kunci, kad bank dan sepasang anting-anting milik pekerja kafe berkenaan, Vivienne Westwood dalam insiden pada 28 September lalu, sebelum ditahan polis. 

Pihak pendakwa raya berkata, kedua-dua suspek memasuki kawasan larangan di dalam kafe tersebut sebelum melarikan wang tunai terbabit. 

Pekerja kafe kemudian menyedari beg tangannya yang mengandungi wang tunai hilang dan membuat laporan polis.

Watson pernah terlibat melakukan 210 kesalahan termasuk 125 kes curi dan 23 kes pecah rumah. 

Dia pernah dipenjarakan selama empat tahun kerana kesalahan pecah rumah, sebelum dibebaskan 3 September lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya