Suspek rempuhan di Wisconsin merupakan penyanyi rap - Utusan Malaysia

Suspek rempuhan di Wisconsin merupakan penyanyi rap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah kenderaan merempuh orang ramai yang menyertai perarakan Krismas di Wisconsin semalam sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut dan 40 cedera.

Pihak berkuasa masih mengumpul maklumat mengenai insiden itu yang berlaku selepas 4.30 petang waktu tempatan, ketika orang ramai menyaksikan perarakan Krismas di pekan Waukesha di pinggir Milwaukee.

“Perarakan itu sedang berlangsung apabila sebuah kenderaan berwarna merah yang dipandu laju merempuh penghadang dan orang ramai.

“Kenderaan itu merempuh 40 individu dengan sejumlah daripadanya merupakan kanak-kanak dan mengakibatkan kematian,” kata Ketua Polis Wisconsin, Dan Thompson.

Seramai 11 dewasa dan 12 kanak-kanak dikejarkan ke enam hospital untuk mendapatkan rawatan akibat rempuhan tersebut.

Dalam pada itu, Thompson memaklumkan, suspek yang merupakan penyanyi rap yang dikenali sebagai Darrell Brooks Jr. sudah ditahan polis dan kenderaan yang digunakan untuk rempuhan juga ditemukan serta disita.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan keadaan sudah stabil dan dijangka tiada lagi ancaman dalam masa terdekat.

“Ketika insiden itu berlaku, anggota polis melepaskan tembakan dalam usaha memberhentikan kenderaan itu, namun gagal.

“Jalan di kawasan tersebut akan terus ditutup sehingga siasatan selesai,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya