JAKARTA: Presiden keenam Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menjalani rawatan di luar negara selepas disahkan menghidap kanser prostat.
“Ya benar, Bapak SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) akan menjalani pemeriksaan perubatan dan rawatan di luar negara. Bapak SBY mengalami kanser prostat,” jelas pegawai peribadi SBY, Ossy Dermawan seperti dilaporkan CNN Indonesia.
Menurutnya, kanser prostat itu masih dalam tahap awal.
Jelas Ossy, rawatan di luar negara terpaksa dilakukan berdasarkan hasil konsultasi antara pasukan doktor.