KHARTOUM: Pihak berkuasa Sudan dilaporkan membebaskan ketua biro rangkaian TV Al Jazeera yang ditahan dalam satu serbuan di negara itu baru-baru ini.
El Musalmi El Kabbashi ditahan dalam serbuan di rumahnya di Khartoum dua hari lalu.
Setakat ini, pihak berkuasa Sudan masih belum mendedahkan sebab penahanan El Kabbashi kepada umum.
Pengamal media itu merupakan antara ratusan orang yang ditahan di tengah-tengah protes antirampasan kuasa tentera yang diadakan di seluruh Sudan.
Tentera Sudan menggulingkan pemimpin awam dan membentuk majlis pemerintah baharu. – AGENSI