Singapura buka VTL udara kepada enam negara lagi - Utusan Malaysia

Singapura buka VTL udara kepada enam negara lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini akan meluaskan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara kepada enam lagi negara bermula bulan depan.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), bermula 14 Disember, pengembara dari Thailand boleh memasuki republik ini menerusi VTL udara.

Bermula 16 Disember pula, lima lagi negara iaitu Kemboja, Fiji, Maldives, Sri Lanka dan Turki juga boleh masuk ke Singapura.

Pelaksanaan itu menjadikan jumlah negara yang dibenarkan masuk ke Singapura setakat ini adalah 27 negara.

Sebelum pandemik, 27 negara tersebut menyumbang kepada 60 peratus jumlah ketibaan harian di Lapangan Terbang Changi.

Di bawah VTL, pengembara boleh memasuki Singapura tanpa menjalani kuarantin dan hanya perlu melakukan ujian Covid-19.

Sementara itu, Austria, Belgium, Croatia, Republik Czech, Liechtenstein dan Slovakia akan disenaraikan sebagai Kategori III berdasarkan situasi jangkitan Covid-19 yang semakin parah di keenam-enam negara berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya