Simpati dengan pencuri pecah masuk kedai, tuan kedai beri duit belanja - Utusan Malaysia

Simpati dengan pencuri pecah masuk kedai, tuan kedai beri duit belanja

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita pecah masuk kedai beras di Bekasi, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Polis menahan seorang wanita bersama anaknya yang masih kecil selepas dia didapati mencuri sejumlah duit milik pengusaha kedai beras di Mustikajaya di Bekasi, baru-baru ini.

Jurucakap polis, Ahmad Harianto berkata, tangkapan itu dibuat selepas kegiatan jenayah wanita itu dirakam kamera litar tertutup yang diletakkan di premis tersebut.

Rakaman itu menunjukkan wanita itu mendukung anaknya dan pecah masuk ke kedai beras tersebut ketika tuannya tertidur.

Suspek yang memakai baju biru itu juga dilihat seperti ketakutan ketika mengambil sejumlah duit yang diletakkan dalam beg plastik.

“Wanita itu ditahan oleh pemilik kedai di sebuah pasar sebelum dibawa ke balai polis.

“Suspek mengakui perbuatannya dan memohon maaf kepada tuan kedai beras itu. Dia juga memaklumkan dia terpaksa mencuri kerana desakan hidup,” katanya.

Jelas Harianto, pemilik kedai beras itu kemudiannya memaafkan wanita tersebut dan menasihatinya supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Katanya, lebih mengharukan, pemilik kedai beras itu bukan sahaja tidak mahu wanita itu dikenakan tindakan undang-undang, malah dia juga diberi sedikit wang untuk meneruskan kehidupan.

“Pemilik kedai beras itu berasa simpati melihat keadaan wanita itu bersama anaknya.

“Sehubungan itu, dia memberikan sedikit wang kepada mereka untuk membeli barangan keperluan,” ujar Harianto.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya