'Saya juga mahu berkahwin dan bantu keluarga' - Utusan Malaysia

‘Saya juga mahu berkahwin dan bantu keluarga’

TERTUDUH kes pembunuhan melibatkan sate beracun, Nani Apriliani Nurjaman meminta hakim meringankan hukumannya demi membantu keluarga. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTUL: Pengirim sate beracun di Bantul, Yogyakarta memohon mahkamah supaya meringankan hukumannya atas alasan dia merupakan tulang belakang keluarganya, selain ingin berkahwin.

Nani Apriliani Nurjaman menerusi sesi perbicaraan secara dalam talian turut memohon maaf kepada keluarga mangsa berhubung kejadian yang berlaku.

Gadis berusia 25 tahun itu diminta hakim untuk membela diri sebelum hukuman diputuskan.

“Dengan seikhlas hati, saya ingin memohon maaf kepada keluarga mangsa, disebabkan kelalaian dan kebodohan saya, nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa.

“Saya tidak menyangka hal ini akan berlaku. Saya sasarkan bekas kekasih saya, tapi orang lain pula jadi mangsa,” katanya dalam perbicaraan tersebut.

Nani memberitahu hakim, dia masih membantu keluarganya melunaskan pelbagai hutang kerana mereka bukan orang senang.

Katanya, dia turut bertanggungjawab membiayai persekolahan adik-adiknya yang masih kecil.

“Saya harap hakim dapat meringankan hukuman saya. saya juga ingin berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri,” ujarnya.

Nani menyesali perbuatannya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya