Salt Bae tinggalkan restoran 'cekik darah' di London - Utusan Malaysia

Salt Bae tinggalkan restoran ‘cekik darah’ di London

SALT BAE bergambar di dalam restorannya, Nusr-Et di Istanbul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chef selebriti, Salt Bae membuat pengumuman untuk meninggalkan restorannya yang terkenal di kota metropolitan dengan harga tidak masuk akal hanya enam minggu selepas dibuka.

Lapor Daily Star, tukang masak itu menjadi sensasi selepas berhajat membuka restoran di seluruh dunia termasuk di London yang dibuka sejak 23 September lalu.

Restoran baharunya, Nusr-et menjadi popular dengan orang ramai tidak melepaskan peluang memuat naik gambar dalam media sosial serta video klip chef itu menabur garam di atas makanan.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce Erzurum berasal dari Turki menjual hidangan seperti stik 630 pound (RM3,537), burger 100 pound (RM561), salad 23 pound (RM129) dan minuman air tin coca-cola sembilan pound (RM58).

Tukang masak terkenal itu akan berangkat ke negara Asia Barat hari ini bagi pembukaan cawangan restorannya.

“Hari Ahad adalah hari terakhir saya di London. Saya akan pergi ke Riyadh untuk membuka cawangan restoran yang ke-28,” tulisnya dalam Instagram.

Salt Bae mempunyai 13 restoran lain di samping 15 Restoran Nusr-Et miliknya seperti di New York dan Dubai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya