Saintis UK temukan gen dua kali ganda berisiko sebabkan kematian - Utusan Malaysia

Saintis UK temukan gen dua kali ganda berisiko sebabkan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyelidik di Universiti Oxford mendapati 60 peratus penduduk keturunan Asia Selatan lebih mudah dijangkiti covid-19 kerana membawa gen baharu berisiko tinggi.

Lapor Reuters, saintis Britain mengenal pasti gen yang mempunyai risiko dua kali ganda menyebabkan kematian akibat wabak itu.

Penemuan itu memberikan pandangan baharu tentang alasan sesetengah orang lebih mudah terdedah kepada penyakit berbanding individu lain.

Saintis mendapati peningkatan risiko bukan kerana perbezaan dalam pengekodan genetik protein, tetapi kerana perbezaan dalam asid deoksiribonukleik (DNA) yang membuat sejenis ‘suis’ untuk menghidupkan gen.

Isyarat genetik itu berkemungkinan menjejaskan sel-sel dalam paru-paru, manakala, gen berisiko tinggi yang dikenal pasti sebagai LZTFL1 berkemungkinan menghalang sel-sel yang melapisi saluran pernafasan dan paru-paru daripada bertindak balas kepada virus dengan betul.

Bagaimanapun, penyelidik berkata, gen versi berisiko lebih tinggi tidak menjejaskan sistem imun badan yang membuatkan antibodi melawan jangkitan.

Individu yang membawa gen versi ini bertindak balas secara normal terhadap vaksin.

Prof. James Davies yang turut menulis kajian itu berkata, hasil kajian menunjukkan cara paru-paru bertindak balas terhadap jangkitan adalah kritikal.

“Ini penting kerana kebanyakan rawatan memberikan tumpuan kepada mengubah cara sistem imun bertindak balas terhadap virus,” jelasnya.

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya