Rusuhan di Kepulauan Solomon: Australia hantar pasukan pengaman - Utusan Malaysia

Rusuhan di Kepulauan Solomon: Australia hantar pasukan pengaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Australia memaklumkan akan menghantar pasukan pengaman ke Kepulauan Solomon ketika rusuhan baharu tercetus di ibu negara Honiara pada hari kedua.

Kekacauan itu bermula semalam apabila penunjuk perasaan cuba menyerbu Parlimen dalam usaha menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Manasseh Sogavare.

Lapor BBC, perusuh turut bertindak membakar beberapa bangunan kerajaan, premis perniagaan dan sebuah balai polis.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, pasukan pengaman itu bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan kestabilan.

Katanya, beliau menerima pemintaan daripada Sogavare yang memohon bantuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya