Ribuan buku nikah dicuri, dijual kepada sindiket kahwin kontrak - Utusan Malaysia

Ribuan buku nikah dicuri, dijual kepada sindiket kahwin kontrak

SETIAP buku nikah mempunyai nombor pendaftaran yang berbeza bagi mengelak penyalahgunaan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) dan Keluarga, Kementerian Agama, memaklumkan ribuan buku nikah di Yogyakarta dan Jambi dicuri dalam tempoh sebulan lalu.

Pengarah KUA, Muhammad Adib berkata, satu daripada motif utama kejadian itu adalah untuk dijual kepada sindiket yang melakukan perkahwinan kontrak atau nikah mut’ah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan adalah penting untuk melaporkan jumlah kehilangan dan nombor pendaftaran buku nikah ke Kementerian Agama.

Katanya, kementerian akan menyimpan data buku nikah yang dicuri bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Laporkan hal itu ke polis, catat berapa buku nikah yang hilang mengikut nombor pendaftaran dan kemudian maklumkan kepada Pejabat KUA.

“Selepas aduan dan laporan diproses, buku nikah itu akan dibatalkan dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, Adib menjelaskan, nombor pendaftaran pada buku nikah digunakan untuk mengelak pemalsuan.

Katanya, setiap buku nikah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya