Remaja hampir bunuh diri selepas tidak tahan dirogol bapa kandung selama 12 tahun - Utusan Malaysia

Remaja hampir bunuh diri selepas tidak tahan dirogol bapa kandung selama 12 tahun

SUSPEK yang merogol anak perempuannya selama 12 tahun ditahan polis di Salatiga, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALATIGA: Seorang remaja perempuan di Salatiga, Jawa Tengah mengakui dia menjadi mangsa rogol bapanya selama 12 tahun.

Pengakuan itu dibuat ketika remaja perempuan berusia 16 tahun itu cuba membunuh diri di sekolah dalam satu kejadian, baru-baru ini.

Ketika dipujuk oleh para guru, remaja itu memberitahu, dia sudah tidak tahan menjadi tempat untuk bapanya melampiaskan nafsu serakahnya.

Hal itu kemudiannya dimaklumkan kepada ibunya dan dilaporkan kepada polis.

Tidak lama kemudian, bapa remaja perempuan itu ditahan polis dan dia mengakui sudah merogol anaknya sejak 2009.

Lelaki itu memberitahu, dia melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua atau tiga kali seminggu, selain memaklumkan isterinya juga mengetahui perkara tersebut.

“Suspek pernah memukul isterinya kerana wanita itu cuba mmendedahkan perbuatannya, selain memberikan duit kepada anaknya supaya merahsiakan jenayah itu,” menurut jurucakap polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.