Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan pakai jaket kulit seperti Kim Jong-un - Utusan Malaysia

Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan pakai jaket kulit seperti Kim Jong-un

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan memakai jaket kulit seperti yang sering dipakai oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.

Pihak berkuasa Korea Utara beranggapan adalah tidak wajar untuk rakyat negara ini meniru cita rasa fesyen pemimpin mereka, biarpun jaket kulit itu dibeli menggunakan wang mereka sendiri.

Pemakaian jaket kulit mula popular di negara ini pada 2019, sejak Jong-un mengenakannya ketika tampil dalam satu program televisyen.

Adik perempuan Jong-un, iaitu Kim Yo-jong juga sering mengenakan jaket kulit sehinggakan golongan wanita di negara ini menganggapnya sebagai ‘simbol kekuatan’.

Banyak peniaga pakaian mula menghasilkan jaket kulit seperti yang sering dipakai Jong-un dan sambutan terhadap pakaian itu amat menggalakkan.

Namun, pihak berkuasa berpendapat, perkara itu tidak sewajarnya berlaku dan rakyat tidak lagi dibenarkan meniru cara berpakain oleh pemimpin mereka.

Harga jaket kulit di Korea Utara sangat mahal bagi penduduknya yang rata-rata hanya menerima gaji bulanan sebanyak 4,000 won Korea Utara (RM18).

Kebiasaannya, jaket kulit asli dijual pada harga 170,000 won (RM801), manakala bagi kulit tiruan, ia dijual 80,000 won (RM377).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.