Rajinikanth bagi hadiah istimewa sempena Deepavali - Utusan Malaysia

Rajinikanth bagi hadiah istimewa sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pelakon superstar, Rajinikanth memberikan hadiah istimewa buat semua peminatnya sempena perayaan Deepavali yang disambut hari ini, dengan pelancaran filem terkini, Annaatthe.

The Indian Express melaporkan, filem aksi Tamil itu diarahkan oleh Siva serta turut dibintangi oleh pelakon Nayanthara, Keerthy Suresh, Prakash Raj dan Khushboo.

Filem itu juga merupakan gandingan pertama Rajinikanth dan Siva.

Annaatthe mengisahkan tentang Rajinikanth yang memainkan watak sebagai seorang abang kepada seorang adik perempuan yang sangat bergantung harap kepada dirinya.

Filem itu ditayangkan di seluruh pawagam India dan Malaysia bermula hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya