Permintaan jet peribadi meningkat - Utusan Malaysia

Permintaan jet peribadi meningkat

JET peribadi yang dimiliki pengasas Amazon, Jeff Bezos mendarat di Lapangan Terbang Prestwick berhampiran Glasgow. – JAMIE WILLIAMSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penggunaan jet peribadi dilaporkan semakin meningkat kerana didorong permintaan tinggi daripada golongan kaya sehingga menyebabkan berlaku kekurangan pesawat.

Lapor Daily Mail, berdasarkan penyedia data penerbangan WingX, lebih 4.2 juta penerbangan jet peribadi dicatatkan tahun ini.

Malah, penerbangan jet peribadi meningkat sebanyak 54 peratus pada minggu pertama November berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan kenaikan sebanyak 16 peratus berbanding 2019.

Menurut pembekal, permintaan itu didorong oleh pulangan tidak menentu penerbangan komersial dan peningkatan kekayaan golongan hartawan di dunia khususnya dari Amerika Syarikat (AS).

Bulan lalu, aktivis alam sekitar mendakwa kira-kira 400 pesawat persendirian mendarat di Sidang Kemuncak COP26 di Glasgow dengan kapal terbang masing-masing mengeluarkan anggaran dua tan karbon dioksida setiap jam.

Dilaporkan, jet peribadi Gulfstream yang dimiliki oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos antara pesawat yang mendarat di Glasgow.

Sementara itu, Flexjet mengendalikan lebih 53 peratus penerbangan September lalu, berbanding bulan sebelumnya.

Pengendali pesawat mewah itu turut menambah jumlah pesawatnya sebanyak 40 peratus selepas permintaan semakin meningkat.

Pengarah Urusan Flexjet & PrivateFly Eropah, Marine Eugene berkata, permintaan untuk perjalanan peribadi masih tinggi selepas permulaan lewat musim panas disebabkan sekatan pergerakan.

“Ramai penumpang mula melakukan perjalanan semula untuk tujuan perniagaan, malah kami menyaksikan permintaan tinggi bagi pertemuan secara peribadi.

“Pusat perniagaan utama seperti Paris, Zurich, Munich dan Amsterdam kini kembali semula dalam senarai 10 destinasi terbaik,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya