Pelajar jual pisang goreng tampung yuran pengajian - Utusan Malaysia

Pelajar jual pisang goreng tampung yuran pengajian

Armuji ketika menemui Yusnani yang menjual pisang goreng di Masjid Balai Kota Surabaya. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang mahasiswi dari universiti swasta di Surabaya terpaksa menjual pisang goreng demi menampung yuran pengajiannya.

Yusnani Husein yang sedang menduduki semester ketiga menjual sepeket pisang keju atau coklat dengan harga 15,000 rupiah (RM4.40) di kawasan tumpuan pelancongan di Ampel serta di pekarangan Masjid Muhajirin, Surabaya. 

Lapor Tribunnews, Yusnani perlu bijak menguruskan masa untuk berniaga supaya tidak ketinggalan mengikuti pengajian di universiti. 

Disebabkan bapanya sudah meninggal dunia, dia hanya tinggal bersama kakaknya di sebuah rumah sewa yang terlalu sempit, manakala, ibunya tinggal di Madura. 

Namun, nasib gadis berusia 19 tahun itu mula berubah apabila dikunjungi oleh Timbalan Datuk Bandar Kota Surabaya, Armuji yang akan berusaha mendapatkan sebuah apartmen supaya dia dapat tinggal lebih selesa. 

Armuji berkata, pihaknya juga akan memastikan Yusnani mendapat biasiswa kerana pelajar itu berasal dari keluarga berpendapatan rendah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya