Pelabuhan paling sibuk dunia di Vancouver terpaksa tutup - Utusan Malaysia

Pelabuhan paling sibuk dunia di Vancouver terpaksa tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Kanada terpaksa menutup pelabuhan paling sibuk di dunia di Vancouver akibat hujan lebat tanpa henti melanda barat negara itu sehingga berlaku tanah runtuh dan banjir.

Lapor Reuters, Polis Diraja Kanada (RCMP) mengesahkan seorang penduduk wanita maut selepas tanah runtuh menghalang lebuh raya utama di wilayah British Columbia.

Banjir juga menyebabkan beberapa lebuh raya utama di Vancouver terpaksa ditutup yang merupakan sebuah bandar pantai utama menempatkan hampir 2.5 juta penduduk.

Stesen penyiar awam Kanada, CBC melaporkan, Pegawai RCMP, Janelle Shoihet berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai kehilangan dua lagi penduduk.

Pihak berkuasa pelabuhan memaklumkan terpaksa menangguhkan sementara operasi kereta api yang dikendalikan oleh dua syarikat kereta api terbesar Kanada, Canadian Pacific Rail dan Canadian National Railway akibat banjir.

Jurucakap pelabuhan, Matti Polychronis berkata, semua perkhidmatan kereta api yang datang dari Pelabuhan Vancouver terpaksa dihentikan akibat banjir di kawasan pedalaman British Columbia.

Pelabuhan Vancouver memindahkan kargo bernilai 550 juta dolar Kanada (RM1.82 bilion) termasuk bijirin, arang batu, kereta dan barangan keperluan setiap hari.

Hampir 300 orang terperangkap akibat tanah runtuh di British Columbia diselamatkan dengan bantuan helikopter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya