Peguam mengamuk campak duit depan balai polis - Utusan Malaysia

Peguam mengamuk campak duit depan balai polis

TANGKAP layar video menunjukkan Nanang mencampakkan duit di depan balai polis Banyuwangi, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUWANGI: Seorang peguam bertindak menabur wang berjumlah 40 juta rupiah (RM11,719) di hadapan balai polis Banyuwangi dalam satu kejadian baru-baru ini.

Peguam itu yang dikenali sebagai Nanang Slamet memberitahu, dia melakukan perbuatan itu kerana kecewa dengan seorang daripada pegawai polis yang memujuk anak guamnya supaya tidak menggunakan khidmat guaman.

Berdasarkan video yang tular, Nanang dilihat mencampakkan sejumlah duit di hadapan balai polis tersebut sambil menjerit nama pegawai polis tersebut, iaitu Kanit Reskrim.

“Adakah gaji yang diberikan kerajaan kepada polis sedikit sangat? Ambillah duit dari anak guam saya ini. Silakan ambil,” kata Nanang dalam video tersebut.

Jelas peguam itu, duit yang ditaburnya itu merupakan duit yang dibayar oleh anak guamnya.

“Saya ditugaskan untuk bantu seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam jenayah, namun selepas beberapa minggu, ada pegawai polis memujuknya supaya tidak gunakan khidmat guaman.

“Kenapa hal ini berlaku? Bukankah polis dan peguam perlu saling bekerjasama untuk tegakkan keadilan?” Soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN