Pasangan warga Israel ditahan polis selepas didakwa mengintip Presiden Recep Tayyip - Utusan Malaysia

Pasangan warga Israel ditahan polis selepas didakwa mengintip Presiden Recep Tayyip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sepasang suami isteri dari Israel dan seorang warga Turki ditahan polis selepas didapati merakam gambar kediaman Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Ketiga-tiga individu itu kini berdepan tuduhan melakukan amalan pengawasan.

Mereka didakwa merakam gambar kediaman pemimpin tertinggi negara itu dari Menara Camlica di Istanbul.

Lapor agensi berita Anadolu, seorang pekerja restoran di menara itu mendakwa melihat pasangan suami isteri terbabit dikenal pasti dengan inisial NO dan MO serta rakyat Turki, IA sedang merakam gambar kediaman Recep Tayyip.

Pekerja restoran itu kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara tersebut.

Polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek untuk disoal siasat.

Mereka turut disoal siasat oleh pemangku ketua pendakwa raya Istanbul sebelum dipindahkan ke penjara.

Menurut pihak berkuasa, tiga suspek itu menghadapi tuduhan mengintip untuk mengumpulkan maklumat mengenai tokoh politik dan tentera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN